Bidadari.
Welcome


Bakal Bidadari Syurga
Semoga Allah Redha. Selama bernafas, jangan pernah sekali pun berhenti melangkah.

+ Da` Princess.
+ Unprivate diary.



Credit

Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una


| Newer Post
Istiqamah dalam perubahan | 10 July 2014, 2:08 am
Assalammualaikum Ya Ahlul Jannah :)

Alhamdullilah. Bersyukur sangat Allah swt masih memberi peluang untuk aku membuat satu perubahan. Berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik. Susah. Istiqamah memang susah tapi yang susah itulah yang akan mendatangkan kebahagiaan kelak. Perubahan yang aku buat pada zaman persekolahan ni memang sangat mencabar. Terlalu banyak ujian yang kadang kadang buat aku terjatuh tersungkur. Dah taksanggup nak bangun semula. Rasa putus asa. Allah Maha Besar. Dalam Dia turunkan ujian pada aku, Dia datangkan kakak kakak Usrah Darussalam yang sentiasa membantu, yang sedia untuk memberi bahu bila aku perlukan, semangat yang tiada hentinya. Sahabat yang dulunya sentiasa bersama berkongsi rahsia saat suka dan duka kini rasa jauh. Bukan kerana perubahan yang aku lakukan tapi kerana salah faham atas perubahan ini. Sahabat. Aku sayangkan mereka. Mereka yang sentiasa ketawa bersama aku dulu, kini dah tak seperti dulu. Masing-masing sudah mula simpan perasaan cemburu sesama sendiri. Masing-masing sudah mula bercakap belakang. Ya Allah, aku sudah tiada air mata yang ingin ditangisi. Aku ingin melihat sahabat sabahat aku bahagia. Namun, aku juga ingin merasakan kebahagiaan itu, Ya Allah. Kau rahmatilah persahabatan kami. Semoga kami akan berjumpa semula diSyurgaMu nanti.
----
Kuat. Tahu apa itu kuat? Kuat itu bila kita masih boleh memaafkan, kita masih boleh melupakan, kita masih boleh meneruskan kehidupan walaupun berapa ramai yang cuba menjatuhkan. Walaupun sebesar mana ujian. Maka dengan itu aku kena kuat. Menangis. Salah satu cara aku untuk ingatkan diri supaya sentiasa kuat. Menangis bukan menunjukkan yang aku lemah. Menangis itu lebih baik dari meroyan tak tentu pasal. Hidup memang penuh dengan air mata. Sampai satu tahap, mesti kita semua akan rasa menjadi matang untuk kuat dan berani menghadapi masalah. Kadang kadang kita rasa ' Cukuplah, aku betul tak kuat' Tapi bila kita rasa kita lemah, Allah swt hantarkan sesuatu atau seseorang untuk menguatkan kita. Sebab tu aku ada dia. Allah swt tidak pernah kejam. Kita, manusia yang memilih untuk menzalimi diri sendiri atau dizalimi. Dan betul juga, Allah swt takkan menduga melebihi kemampuan umatNya. Allah swt tidak akan mentakdirkan sesuatu kehilangan tanpa menyediakan sesuatu yang lain. "Demi Allah aku tak kuat. Dan kerana Allah aku kena kuat...."
----
Semakin hampir dengan hari hari dimana akan menentukan masa depan aku. Segala usaha yang telah aku lakukan daripada tahun lepas. Segala ilmu yang telah diberikan oleh guru guru daripada tahun lepas akan digunakan semuanya dalam beberapa bulan sahaja lagi. Hasrat ibu yang sentiasa nak lihat anak perempuan dia ni berjaya dalam setiap peperiksaan. Hasrat ibu untuk lihat anak perempuan dia ni mempunyai kehidupan yang baik pada masa hadapan. Aku tak yakin. Tak yakin yang aku boleh buat. 9 subjek itu pada aku sudah terlalu banyak untuk aku. Kadang kadang terfikir ingin mengalah. Namun pada saat ingin mengalah itulah aku terfikir pada orang yang ingin melihat aku menang berjuang. Orang yang ingin melihat aku berada diatas pentas menerima kajayaan dunia. Orang yang ingin bersama sama dengan aku untuk berada dia atas pentas. Orang orang itulah yang membuatkan aku masih disini. Berusaha yang terbaik. Semoga Allah swt permudahkan segalanya..
wasalam.